Tuesday 11 March 2014

KARIER PELATIH PENGURUSAN BERSAMA TKC NADI ILMU


Salam kepada teman-teman,

Kami di TKC ingin menjemput para lepasan SPM untuk membina karier anda bersama-sama kami sebagai Pengasuh, Guru Tadika dan Pembantu Am di Taska & Tadika kami di lokasi TKC Ukay Perdana, Ampang, Selangor serta di TKC Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Kami juga dalam perancangan untuk membuka cawangan-cawangan baru di setiap negeri di Semenanjung Malaysia. 

Pengalaman tidak perlu kerana kami akan membantu anda memberi khidmat nasihat dan latihan yang diperlukan semasa bertugas.

Kami juga akan menghantar para pelatih baru untuk mendapatkan sijil Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang dikelolakan oleh PERMATA. 

Kami akan memberi bimbingan kepada para pelatih baru dan seterusnya akan memberi peluang kepada calon-calon yang berkredibiliti tinggi untuk menjadi Pengurus di cawangan-cawangan kami yang baru dan selanjutnya anda akan menjadi Pengusaha Taska & Tadika anda sendiri.

Kepada calon yang berminat, rebutlah peluang ini untuk berjaya bersama-sama kami. Kami memerlukan pelatih baru untuk menjawat jawatan Pelatih Pengurusan (Management Trainee) ini seramai yang mungkin.

Sila hubungi no 012-283 5177 Puan Zurina untuk temuduga secepat mungkin.

Sekian terima kasih and Salam to All.




Friday 20 December 2013

KAMI MEMERLUKAN GURU TADIKA DI IBU PEJABAT KAMI DI TAMAN SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR DAN PENGAMBILAN ADALAH SEGERA

Salam kepada kawan-kawan,

Ibu pejabat kami di Tadika & Taska TKC Taman Setiawangsa  memerlukan guru-guru tadika untuk pengambilan segera bagi musim persekolahan 2014 dan ke atas.

Waktu tugas mengikut waktu persekolahan. Cuti umum mengikut cuti Kuala Lumpur/Malaysia.

Gaji boleh dirunding mengikut pengalaman. Calon lepasan SPM digalakkan memohon. Latihan akan diberi.

Sila email resume ke tiesya@yahoo.com atau berhubung terus ke nombor 016-37 999 17 Puan Tiesya

Pengambilan segera.


Sekian terima kasih

Tuesday 3 December 2013

KAMI MEMERLUKAN SERAMAI MUNGKIN PENGASUH DAN PEKERJA DI TASKA KAMI

Kami di Taska TKC Ukay Perdana memerlukan seramai mungkin Pengasuh untuk menjaga bayi dan kanak-kanak di pusat jagaan kami.

Kerja dari 7am - 7pm. Cuti umum mengikut cuti Malaysia.

Tempat tinggal, makan dan minum disediakan.

Gaji boleh runding mengikut pengalaman. Calon yang tiada pengalaman digalakkan untuk memohon.

Sila email resume ke zueibrahim_1780@yahoo.com atau berhubung terus ke nombor 012-283 5177 
Puan Zurina. Pengambilan segera.

Minta disebarkan maklumat ini pada rakan kenalan dan saudara-mara.


Sekian terima kasih

Monday 25 November 2013

Anak Anugerah Allah

Anak adalah anugerah yang tidak terhingga daripada Allah kepada pasangan suami isteri yang mendirikan rumahtangga. Timbul riak wajah yang ceria dan gembira suami isteri apabila mereka diberitahu oleh doktor yang merawat mengatakan bahawa isterinya mengandung sekian bulan.

Dari situlah mereka merancang dan mengatur jadual untuk menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga mereka. Setiap hari dan setiap bulan mereka melakukan persediaan, seperti melakukan rawatan untuk memastikan bayi di dalam kandungan itu sihat dan selamat, mengawal pemakanan seperti memakan makanan yang berkhasiat, membeli pakaian, alat-alat penjagaan bayi, memilih nama yang sesuai dan sebagainya.

Apabila tiba tanda-tanda kelahiran kepada isteri, si suami bertungkus lumus berusaha untuk menghantar isterinya ke hospital yang berdekatan. Si suami memaklumkan kepada ibu bapanya dan mertuanya bahawa isterinya telah masuk ke wad bersalin di hospital sekian-sekian. Timbul berbagai kerisauan dan persoalan di dalam kepala suaminya seperti bagaimana keadaan isterinya? adakah isterinya selamat? adakah isterinya bersalin normal ataupun tidak? Selain dari itu juga suaminya berdoa kepada Allah semoga isterinya dapat melahirkan anaknya dengan keadaan selamat.

Setelah sekian lama menanti dengan penuh debaran dan kerisauan, si suami diberitahu oleh doktor yang merawat isterinya bahawa isterinya selamat bersalin dan isterinya sekarang sedang berehat setelah sekian lama bertarung dengan kesakitan yang tidak terhingga. Rasa syukur dan gembira apabila mendengar khabar tersebut. Beliau menziarahi isterinya dan anaknya untuk memastikan khabar tersebut sahih dan benar.

Si suami mendukung anaknya untuk diazankan disebelah telingga kanan dan diiqamahkan disebelah telingga kiri, sebagai memenuhi tuntutan sunat yang pernah dilakukan oleh Rasulullah saw. Daripada Abi Raafi’ berkata :
“Aku pernah melihat Rasulullah saw mengazankan pada telinga Hasan Bin ‘Ali ketika ia dikahirkan oleh Fatimah”. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Cukup sahaja hari yang ketujuh si suami berusaha untuk mengadakan majlis aqikah, tahnik, cukur kepala dan diberikan nama kepada anaknya. Tidak kisah wang ringgit habis begitu banyak, yang penting adalah tanggungjawabnya sebagai bapa terhadap anaknya. Majlis disambut dengan penuh kegembiraan dengan menjemput sanak saudara, jiran-jiran dan para sahabat untuk meraikan majlis anaknya. Ucapan tahniah dan hadiah dari para tetamu yang datang diterima oleh bapa dan ibu anak tersebut. Hal ini menambahkan lagi rasa kegembiraan dan tali persaudaraan di antara tuan rumah dengan tetamu yang hadir.

Betapa gembiranya si ibu dan bapa apabila mendapat cahaya mata, berbagai harapan yang telah diberikan kepada anak tersebut. Ada yang mengharapkan anak tersebut menjadi anak yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Ada juga yang mengharapkan anak tersebut menjadi pandai dengan memperolehi pendidikan yang cemerlang, supaya anak tersebut memperolehi pekerjaan yang baik untuk masa depannya.

Tidak kiralah apa harapan yang telah diberikan kepada anak tersebut. Paling penting dalam pendidikan anak-anak adalah pendidikan agama Islam, kerana ia merupakan fardhu ain dan perlu diberikan kepada mereka. Pendidikan agama sangat penting untuk menjamin keselamatan dunia dan akhirat.

Menurut Dr Abdul Rahman an-Nawawi di dalam bukunya yang bertajuk “Pendidikan Islam Di Rumah, Di Sekolah dan Masyarakat” mengatakan bahawa :
".....keselamatan manusia daripada kerugian dan azab dapat dicapai melalui tiga bentuk pendidikan. Pertama, pendidikan individu yang membawa manusia kepada keimanan dan ketundukan kepada syariat Allah swt, serta beriman kepada yang ghaib. Kedua, pendidikan diri yang membawa manusia kepada amal soleh dalam menjalani kehidupan seharian. Ketiga, pendidikan masyarakat yang membawa manusia kepada sikap saling berpesan dalam kebenaran dan saling memberi kekuatan ketika menghadapi kesulitan yang pada intinya, semuanya ditujukan untuk beribadah kepada Allah swt."

Dalam pendidikan anak-anak perlu mempunyai tiga konsep yang perlu diserapkan kepada mereka supaya mereka tidak lari dari kehidupan yang dituntut dalam Islam iaitu melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah. Konsep yang dimaksudkan ialah iman, amal soleh dan akhlak yang mulia. Jika dapat diberikan kepada anak-anak tersebut melalui pendidikan, nescaya mereka akan menjadi manusia yang baik, dihormati dan menjadi contoh tauladan yang baik kepada masyarakat diluar sana.

Untuk memastikan pendidikan anak-anak ini berkesan, maka ibu bapa menjadi faktor penggerak yang utama untuk memastikan anak-anak mereka berhasil dalam pendidikan. Ibu bapa adalah idola yang paling dekat dengan anak, jika mereka tidak mempunyai akhlak yang baik maka sudah pasti anak tersebut mencontohinya atau mengikut tabiat buruk ibu bapanya. Pepatah melayu mengatakan bahawa “jika si bapa kencing berdiri, anaknya pula kencing berlari”.

Bagaimana hendak mengajar anak sembahyang, menutup aurat, menghormati orang yang lebih tua, sopan santun dan mempunyai akhlak yang baik kalau ibu bapanya tidak mempunyai sifat atau tingkah laku yang sedemikian. Sebab itulah pendidikan sekarang ini tidak berkesan, kerana ia hanya terlaksana di masa dan tempat yang tertentu sahaja.

Natijah yang kita dapat dari hasil pendidikan tersebut ialah berlakunya gejala-gejala sosial dikalangan remaja kita sekarang ini. Seperti berlakunya penyalah gunaan dadah, pergaulan bebas, mat rempit, buang anak dan sebagainya. Ramai anak remaja Islam kita yang rosak disebabkan terpengaruhnya dengan budaya barat yang merosakkan. Sepatutnya dengan kepesatan perkembangan teknologi, pendidikan dan ekonomi, remaja Islam kita lebih berdaya saing semasa mereka untuk memperolehi kejayaan dengan segala kemudahan yang ada pada masa sekarang ini. Tetapi malangnya remaja kita lebih terkebelakang jika dibandingkan dengan remaja-remaja bangsa lain di negara ini.

Pihak kerajaan telah memberikan berbagai-bagai kemudahan kepada kita untuk meningkatkan taraf kehidupan bangsa kita terutamanya Melayu Islam. Segala usaha yang dibautkan oleh kerajaan tidak mencapai tahap yang diharapkan, malah perlu mencari kaedah yang baru untuk menyelesaikan berbagai masalah-masalah sosial yang berlaku sekarang ini. Banyak wang dan tenaga pakar yang dihabiskan untuk menyelesaikan masalah ini.

Kaedah yang paling baik dan berkesan untuk menyelesaikan masalah ini adalah kembali semula kepada Islam, kerana Islam mempunyai kaedah yang lebih baik dan telah terbukti semasa Nabi Muhammad saw mendidik para sahabatnya dari zaman kegelapan jahiliah kepada zaman nur Islam. Setelah Nabi Muhammad dilantik menjadi Rasul, baginda menjalankan usaha dakwah yang pertama secara berahsia. Pusat perhimpunan umat Islam atau para sahabatnya ketika itu adalah di rumah Al- Arqam bin Abil Arqam. Di sinilah Rasulullah saw mengajar para sahabatnya tentang dasar-dasar agama Islam iaitu Makrifatullah (Mengenali Allah). Berkat perjuangan dan kesabaran Rasulullah, maka para sahabatnya tabah dan bersabar apabila diseksa oleh penduduk musyrikin Mekah. Walaupun diseksa dan diancam bunuh, mereka tetap juga berpegang teguh dengan akidah Islam dengan penuh keyakinan. Tidak gentar menghadapi musuh-musuh mereka walaupun mereka tidak memiliki apa-apa kelengkapan atau senjata dan hanya yakin terhadap pertolongan Allah sahaja.

Inilah hasil yang dikehendaki dalam pendidikan Islam, bukan sahaja mempunyai akhlak yang baik, malah mereka juga berani mengorbankan diri mereka untuk menegakkan syariat Islam. Jelas di sini bahawa pendidikan Islam layak untuk digunakan dan diamalkan dalam kehidupan kita, supaya ia dapat memastikan anak-anak dan keluarga kita menjadi insan yang berguna, tidak menyusahkan masyarakat dan tertaqwa kepada Allah. Bagi memastikan pendidikan itu berjaya, maka ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak tersebut.


Kredit kepada Ustaz Nor Amin Sayani

FROM THE INSIDE OF OUR TKC UKAY PERDANA







Inilah pandangan dari dalam Taska kami. Untuk temujanji sila hubungi Puan Zurina Call/ Whatapps/ Viber 012-283 5177 atau 018-2323 472

Sunday 22 September 2013

PETA LOKASI KAMI DAN ARTWORK UNTUK BANNER KAMI YANG BARU

Ini adalah peta lokasi premis baru kami TKC @ UKAY PERDANA. Kerja -kerja untuk pengubahsuaian ( renovation ) akan bermula pada minggu terakhir bulan September 2013. Tunggu untuk update yang seterusnya dari kami.


Thursday 19 September 2013

Pusat Penjagaan Kanak-kanak TKC akan dibuka di Ukay Perdana pada 1hb November 2013

Kami akan membuka cawangan baru kami di Ukay Perdana.  Lokasinya terletak di Spring Ville Condo, Jalan UP 1 / 1D.  Ianya sangat bersesuaian kerana terletak betul-betul di lot bawah dan tepi untuk memberi kesenangan kepada para ibu bapa untuk menghantar dan mengambil anak-anak mereka.

Pusat kami ini adalah berkeluasan 1, 600kps bagi menjamin keselesaan anak-anak.

Kami mengambil anak-anak yang berumur 2 bulan sehingga 5 tahun dan juga transit bagi para pelajar yang memerlukan tempat tinggal sementara menunggu ibu dan bapa pulang dari pejabat atau yang mahu ke kelas agama samada di sebelah pagi atau petang.

Kami adalah pusat yang berlesen dan telah berdaftar dengan JKM dan JPN. Cawangan utama kami adalah di Taman Setiawangsa KL yang beroperasi sebagai Daycare dan juga Tadika.

Waktu operasi kami adalah dari jam 7.00 pagi -7.00 petang Isnin hingga Jumaat.Aktiviti pada hari Sabtu akan diadakan sekiranya mendapat persetujuan dan permintaan dari para ibu bapa.




 Sila hubungi kami di nombor +6012-283 5177 (Puan Zurina) untuk maklumat lanjut.

Harga kami sangat berpatutan.